Petang semalam episod akhir cerita Tentang Dhia. Kat facebok pun masing-masing sibuk dok update macam-macam. Boleh si zikir tu tidur sampai mati kena stroke sebelah bini dia yang dah mati. Ni baru betul cinta sehidup semati. Anak akak sibuk tanya mak dia jadi apa. Akak cakap mak dia jadi batu... ha..ha. padan muka.. jahat sangat kan. menci tau..eeiiii.. ade ke orang jahat sampai macam tu dengan anak menantu.
**lepas ni tv3 jangan buat siaran cerita sedap time maghrib..godaan..x tahan cobaann
Friday, December 30, 2011
selamat tinggal 2011
Hari ni 30.12.2011, hari terakhir orang bekerja bagi tahun 2011. Jumaat pulak tu. Apasal orang dok riuh pepagi ni. Akak pun sibuk nak hantar cek ke AG. Berpuluh juta.Banyak ko. Kalau tak setle hari ni, mau kurang collection hutang utk tahun ni. Yelah.. Amaun tahun ni kalau bawa ke tahun depan dah jadi lain kan. Mujur akak dah setle sebelum jam 10 pagi. Kejar PAP suruh hantar dulu ke AG. Cepat..lepas ni u balik ambik yang lain-lain pulak. Mujur la dia ni bagus. Tak pandai mengulor. Kalu udah keja bagus tentu la I bagi bagus jugak dlm HRMIS nanti. LNPT le. Ate..baru masuk kerja, gaji naik mendadak lepas sign SBPA.
Member lain pun kalut nak cepat hantar baucer lah, ape ntah lagi sebelum jam 12 tgh. Time ni AG nak tutup akaun utk 2011. Haa..ha .. ada yang nak terkencing pun tahan sampai siap keja dulu. Kalau tak siap sape nak jawab.
Member lain pun kalut nak cepat hantar baucer lah, ape ntah lagi sebelum jam 12 tgh. Time ni AG nak tutup akaun utk 2011. Haa..ha .. ada yang nak terkencing pun tahan sampai siap keja dulu. Kalau tak siap sape nak jawab.
Thursday, October 13, 2011
camne nak buat link
mula2 gi dushbord, click link, pastu taip nama blog kawan yg kita nak link tu. Then taip url dia. Bolehlah save. cuba tengok jadi tak.
Wednesday, October 12, 2011
majlis kesyukuran dan aqiqah
Syukur.. dah seronok pindah rumah baru. Lama gak tertunda nak adakan majlis dek beberapa perkara tak dijangka. Nak kumpul semua adik beradik sementara mak belum balik ke kampung.
Dok cerita2 nak buat kenduri masa gi Kempas, Johor rumah adik Ina, dia suka pulak nak join buat aqiqah anaknya yg ke 6. Yuk kita set time.
Akak jemput kumpulan marhaban bagi acara paginya utk meriahkan majlis khas utk Iris- anak buah akak yg bongsu di ketika ini, jiran tetangga dan sedara2 sekitar kl je. Jemaah surau dtg selepas depa habis gotong royong bersihkan kws surau (kebetulan pulak hari tu)-adakan bacaan Yaasin dan doa selamat.
Budak2 pegang kamera. So foto pun ikut depa la. Syg jugak tak snap semua tetamu yg dtg.
Budak2 pegang kamera. So foto pun ikut depa la. Syg jugak tak snap semua tetamu yg dtg.
adik akak yg ke4 ngan anak dia masa kumpulan marhaban tgh selawat dan potong jambul(?)- rambut pun tak berapa nak ada lagi |
Anak buah akak ramai oo.. cucu mak yg ke berapa ek.. nanti akak kira balik. Cucu opah dah 24. Riuh umah akak masa mlm sblm kenduri, semua nya dtg. Tuan umah apa lagi ...masak makan la.. kate nak kenduri kan. tapi utk majlis tu akak oder je..boleh la den relek sembang2 ngan tetamu yg dtg kan..
iris - comei kan anak buah akak ni. senang mak dia jaga. org bising pun dia relek je pejam mata. ha..ha |
buah cempedak di luar pagar... sambung ehh
attend class buat blog dengan sicantikmanis. teruja. asyik doh terjah blog org je
Labels:
moh blajo
Subscribe to:
Posts (Atom)