Friday, December 30, 2011

Mak dia jadi batu

Petang semalam episod akhir cerita Tentang Dhia. Kat facebok pun masing-masing sibuk dok update macam-macam. Boleh si zikir tu tidur sampai mati kena stroke sebelah bini dia yang dah mati. Ni baru betul cinta sehidup semati. Anak akak sibuk tanya mak dia jadi apa. Akak cakap mak dia jadi batu...  ha..ha. padan muka.. jahat sangat kan. menci tau..eeiiii.. ade ke orang jahat sampai macam tu dengan anak menantu.

**lepas ni tv3 jangan buat siaran cerita sedap time maghrib..godaan..x tahan cobaann

selamat tinggal 2011

Hari ni 30.12.2011, hari terakhir orang bekerja bagi tahun 2011. Jumaat pulak tu. Apasal orang dok riuh pepagi ni. Akak pun sibuk nak hantar cek ke AG. Berpuluh juta.Banyak ko. Kalau tak setle hari ni, mau kurang collection hutang utk tahun ni. Yelah.. Amaun tahun ni kalau bawa ke tahun depan dah jadi lain kan. Mujur akak dah setle sebelum jam 10 pagi. Kejar PAP suruh hantar dulu ke AG. Cepat..lepas ni u balik ambik yang lain-lain pulak. Mujur la dia ni bagus. Tak pandai mengulor. Kalu udah keja bagus tentu la I bagi bagus jugak dlm HRMIS nanti. LNPT le. Ate..baru masuk kerja, gaji naik mendadak lepas sign SBPA.

Member lain pun kalut nak cepat hantar baucer lah, ape ntah lagi sebelum jam 12 tgh. Time ni AG nak tutup akaun utk 2011. Haa..ha .. ada yang nak terkencing pun tahan sampai siap keja dulu. Kalau tak siap sape nak jawab.