Wednesday, December 12, 2012

Cantikk...


Tarikh yang cantik untuk tahun ini. 12.12.12 macam-macam acara jadi pilihan pada tarikh ini. Selalu org nak tarikh cantik untuk majlis kahwin, atau kalau boleh nak bersalin pada tarikh cantik mcm ni. Apa kau fikir senang mcm tu labu..boleh pilih2.. hah..ha

Kebetulan hari ni lunch dgn kawan2.Munizah, Irma, Ayu dan Yatie. Makan buat hari-hari terakhir Munizah di MOF, yg akan bercuti panjang, ikut suami yg bertugas di Brunei. Jadi org Miri dia nanti. Seronok eh dpt jadi full time house wife untuk tempoh itu. InsyaAllah..kita jumpa lagi. Akak doakan Mun sihat dan menjalani kehidupan bahagia di samping suami tercinta. 
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
 
Pagi-pagi kami dah kurang koram nak gi breakfast.. 
hu..hu..


Thursday, December 6, 2012

Sebelum Balik Kampung Berhari Raya

Yey... Seronok macam budak-budak jugak. Budak-budak lagi la suka kan..
Yang tak berapa suka bab nak mengemas barang. Dah siap2 buat list, takut ada yg tertinggal. Memang selalu macam tu pun bila nak bermalam di mana-mana.
Kerah anak-anak sediakan pakaian masing-masing utk siang dan malam, tak payah banyak. Banyak nak beraya, so pakai baju raya saja.  nanti mama cek atau pilih semula sebelum masukkan dalam beg.  Kasi beg sorang satu, jangan dok campoq-campoq naa.. Nanti ntah apa-apa yg depa bawa balik. Kang akak jugak yg susah. Sekejap mama tu, sekejap mama ni..aishh... Okeh dah beres semua list barang.

Ho..ho.. kali ni akak yg kemas brg ke dlm kereta. Anak bujang 2 orang dok seronok pi 'running in' dengan motor baru. Tak pa kasi can kat depa.Ayah depa tak boleh angkat barang berat. Belum sembuh betul sakitnya. Kena slip disc (betui ka eja nih). MC dah 3 bulan lebih. Dok pi ulang fisio ke Hospital Kajang dan Shah Alam. Yelah hospital kerajaan jenuh nak tunggu giliran, pulak tu 2 minggu sekali, bila nak baiknye.. Bayor pun tak pe, janji baik kann..

Jangan lupa nak tinggalkan rumah cek keliling rumah, tutup dan suis off semua peralatan elektrik. Baca apa yg patut sebelum keluar, mintak dilindungi Allah semoga semuanya selamat. Aduh..teringat pulak 2 lampu tepi jalan tak menyala, bimbang pulak time cuti ni.. keselamatan diutamakan. Mintak husband call TNB. Baru 2 minggu lepas dia orang datang betulkan, dah menyala.. dok elok-elok sehari sebelum balik kg lampu tu buat hal lagi. Mujur perasan masa nak sidai kain (malam lah ni) rasa gelap ja..

Ok..start enjin kita jalan..ho..ho.. balik kampung hati girang. Lega.. dah ada 4 org drebar.

Wednesday, October 31, 2012

Nak balik kampung melencong ke lain

Bertolak ke kampung masa cuti sekolah hujung tahun 2011. Dua beradik perempuan nak duduk di kg dgn opah Zah. Matahari dah menggalah. Selepas singgah makan di R& R husband ajak naik ke Cameron Highlands. Sempat kut. Jom. Akak ok je. Dah lama tak ke sana, masa tu anak baru 3, masih kecik-kecik lagi. Bawak perut..haiishh..takde le mengidam sangat pun..Teringin nak makan strawberry dari ladang. Tapi kesian..buah dah tak berapa cantik..time cuti Krismas. Ramai yg membeli agaknya. Musim hujan pulak tu. ..
 Lama sungguh tak ke sana.
Kali ni pun perjalanan tak dirancang. Layan ajelah bawak budak-budak.

Sampai pun dah petang. Isi perut lah dulu. Tak melawat ke mana sangat. Masa pun suntuk. 



 Budak tengah mencangkung tu la dulu masa bawak perut.
posing kat tpt jam yang dah x de jarum

 Beli tengkorak utk kwn..ntah  hape-hape


fuewiit... dating ke bang
 Nak pose jugak..apesal jadi lagu ni

 baru perasan dua-dua merahhh mak ngah
ngengade le tu..



 kenyang la  korang pijak jagung

 bolatnya sepinggan

 he..he..
 kami lepak sekitar sini je
 abg long
 jam zaman ape ni hah.. sape tau

 mcm suka pulak tengok time ni

 sempat snap pokok ni belakang surau.. memang tnh subur

 orang cameron dah x heran tengok bunga segar cam ni
 nak pi tpt strwberry plak
 rasa nak gigit

tengok deorang tnm mcm senang je
kalau bawak balik tanam harus tinggal bekas je..mati
 
 cakk...eh..nape kepala adik nampak cam pelik

hambek kau..gerbang strawberry gedabak. kedai ni tuan punyanya melayu.
beli boleh lebih kurang. i like. kalu dtg lagi kami singgah sini 

Sebelum balik singgah pasar malam. Hujan renyai-renyai.. Akak turun sorang, yang lain tunggu dalam kereta.Hah.. geram tengok sayur dan buah-buahan segar. Borong bawa balik kampung, utk emak dan mertua. Menggigil tangan kiri kanan, berat angkut barang dibeli. Tak sedar berjalan jauh dari kereta nak patah balik. 

Perjalanan diteruskan. Kami memang suka berjalan malam-malam. Cantik pulak tengok ladang stawberry disimbah cahaya waktu malam. Lain kali datang nak bermalam lah pulak. Boleh petik buah, ke ladang teh dan jamu mata tengok bunga. 
Bila la tu agaknyee...
Walau pun kami sampai di kg lewat, emak mertua tersenyum tengok anak menantu balik. Terpisat-pisat genyeh mata bangun dari tidur buka pintu.
Tetap juga nak bancuh kopi utk  kami.
Esoknya lepas makan tengahari balik ke rumah mak, nak hantar budak-budak yang tak sabar-sabar nak bercuti dengan opah. Kesian opah duduk sorang-sorang, kata kakak. Yelah.. nak temankan opah kena rajin tolong opah, jangan tunggu nak makan saja. Opah seronok sangat cucu-cucunya balik. Diajaknya sekali cucu yang di Ipoh. 
Sepupu Nabila yang hampir sebaya.
Sempat jugak bawa balik ke KL buah mempelam yang lebat berbuah. Kalau ramai-ramai balik kg, lagi seronok kami mencicah mempelam muda. Semua anak menantu suka asam. 
Tu yang semuanya anak ramai kut.. eh..
 Yang masak manis, sejukkan makan dan yang muda, akak mencolek dengan
kuah rojak Mak Bee. Tak sakit perut pulak tu.
 Memang hantu asam.. ape-ape je ler
Eh ada lagi ... HANTU DOGHOYAN
Sekian.. 
  

Tuesday, October 30, 2012

Entry terperap di awal tahun.Cuti free buat ape yer..

2 minggu lepas dah balik kg di Perak masa cuti tahun baru Cina. Balik dgn anak-anak saje, harus la balik kg sendiri saja kan..baguih no. Jgn jadi menantu hantu sudah. Jalan jem gila. perjalanan biasa 4 jam, kali ni 8 jam setengah. 6 ptg baru sampai. Tapi bila tengok muka emak, hilang letih akak drive jauh-jauh. Emak mana yang tak suka bila anak cucu balik jengok dia kan.. Esoknya adik akak yg duduk di Ceras pun balik. Depa balik ke Teluk Intan dulu, rumah mertua. Lagi meriah la masak makan. Cucu 5 + 6 dari dua anak menantu. Kalau riuh rendah cucu-cucu balik ler tu..

Dari dok melongok di rumah (dlm fikiran rasa nak gi picnic kat PD) cuti free 4 hari ni, cuti Maulidur Rasul pas tu cuti hari Thaipusam pulak, baik kita balik kg. Lagi best. Pagi Sabtu baru isi baju dlm beg, bebudak depa urus sendiri pakaian masing2. Laju-laju siap cadang nak gi breakfast pekena nasi dagang ke, laksam ke.. kat kedai kelantan berdekatan GMart, Kajang. Haish.. tgh dok menaip ni tetelan ayaq lioq plak. Tapi husband ada hal kena uruskan dulu. So, kami pun ikut dia sambil-sambil tu akak belek-belek majalah dalam kereta tunggu urusan dia selesai. Perot dah keroncong. Dah siap..jom kita 'brunch' , tapi dah sampai kedai tak bukak. Huaaa.. Depa pun balik kg kut.. frust tul la..mujur ada kedai yang menepati selera area tu. Menu biase-biase je tapi dah kebuloq punya pasai semua licin dibedal, pekena pulak cendol special ada pulut durian..huh makan tak ingat.

Moh le kita gerak. On the way balik pegi jumpa anak bujang 2 orang sekejap. Jumpa Aiman, dia baru balik dari program anjuran kolej. Hulur sebungkus nasi tapau. Teruskan perjalanan. Pegi jumpa Amirul pulak, siap layan dia gi shopping di Tg. Malim.Sian depa tak leh ikut sama. Ada aktiviti + byk assignment nak kena siapkan.

Sampai kg husband dah malam. Banyak nor nyinggah nye yer. Mak mertua dah siap masak. Ape tak nye, husband bagi tau nak balik. Perut kami pun dah keroncong lagi. Jom makan. Lepak tengok tv, pas tu semua zzzzz. Adik ipar n family dari Jitra pun balik jugak malam tu . Masa raya Cina hari tu depa dah balik. Eh..eh ..esoknya abg ipar dari Seberang Jaya pun balik bila depa semua tau kami balik. ehmm. cam tu la kami keluarga besar, seronok bila ramai-ramai. Aktiviti utama makan lagii...Aduss selera tajam saje..cam ne nih.

Petang esoknya pegi beremdam di Sumpitan. Sibongsu tu sibuk dari pagi nak mandi sungai. Budak ni memang pantang jumpa air. Tunggu ada peluang je. Sangat la sesuai semasa cuaca tengah panas ni. Dulu masa anak + anak buah yang ramai masih kecik, rajin sungguh ayah dan pak-pak sedara layan depa mandi sungai. Kadang-kadang bawa ikan utk dibakar, nak berkelah di sana. Mak-mak pun tumpang seronok.

2 malam di kg husband. Saje try ajak husband balik kg akak. Malam pun tak pe. Alamak dia mau la pulak walaupun ada sikit-sikit bunyi akak dah balik hari tu. Alang-alang dah balik, bukannya jauh pun. Sejam lebih je. Dpt jumpa mak lagi.. Kami sampai, mak baru balik dari Kedah. Tido 1 mlm di rumah mak akak. Sukeee...tq bang.

n3 yg pjg..hati berbunga-bunga.