Tuesday, October 30, 2012

Entry terperap di awal tahun.Cuti free buat ape yer..

2 minggu lepas dah balik kg di Perak masa cuti tahun baru Cina. Balik dgn anak-anak saje, harus la balik kg sendiri saja kan..baguih no. Jgn jadi menantu hantu sudah. Jalan jem gila. perjalanan biasa 4 jam, kali ni 8 jam setengah. 6 ptg baru sampai. Tapi bila tengok muka emak, hilang letih akak drive jauh-jauh. Emak mana yang tak suka bila anak cucu balik jengok dia kan.. Esoknya adik akak yg duduk di Ceras pun balik. Depa balik ke Teluk Intan dulu, rumah mertua. Lagi meriah la masak makan. Cucu 5 + 6 dari dua anak menantu. Kalau riuh rendah cucu-cucu balik ler tu..

Dari dok melongok di rumah (dlm fikiran rasa nak gi picnic kat PD) cuti free 4 hari ni, cuti Maulidur Rasul pas tu cuti hari Thaipusam pulak, baik kita balik kg. Lagi best. Pagi Sabtu baru isi baju dlm beg, bebudak depa urus sendiri pakaian masing2. Laju-laju siap cadang nak gi breakfast pekena nasi dagang ke, laksam ke.. kat kedai kelantan berdekatan GMart, Kajang. Haish.. tgh dok menaip ni tetelan ayaq lioq plak. Tapi husband ada hal kena uruskan dulu. So, kami pun ikut dia sambil-sambil tu akak belek-belek majalah dalam kereta tunggu urusan dia selesai. Perot dah keroncong. Dah siap..jom kita 'brunch' , tapi dah sampai kedai tak bukak. Huaaa.. Depa pun balik kg kut.. frust tul la..mujur ada kedai yang menepati selera area tu. Menu biase-biase je tapi dah kebuloq punya pasai semua licin dibedal, pekena pulak cendol special ada pulut durian..huh makan tak ingat.

Moh le kita gerak. On the way balik pegi jumpa anak bujang 2 orang sekejap. Jumpa Aiman, dia baru balik dari program anjuran kolej. Hulur sebungkus nasi tapau. Teruskan perjalanan. Pegi jumpa Amirul pulak, siap layan dia gi shopping di Tg. Malim.Sian depa tak leh ikut sama. Ada aktiviti + byk assignment nak kena siapkan.

Sampai kg husband dah malam. Banyak nor nyinggah nye yer. Mak mertua dah siap masak. Ape tak nye, husband bagi tau nak balik. Perut kami pun dah keroncong lagi. Jom makan. Lepak tengok tv, pas tu semua zzzzz. Adik ipar n family dari Jitra pun balik jugak malam tu . Masa raya Cina hari tu depa dah balik. Eh..eh ..esoknya abg ipar dari Seberang Jaya pun balik bila depa semua tau kami balik. ehmm. cam tu la kami keluarga besar, seronok bila ramai-ramai. Aktiviti utama makan lagii...Aduss selera tajam saje..cam ne nih.

Petang esoknya pegi beremdam di Sumpitan. Sibongsu tu sibuk dari pagi nak mandi sungai. Budak ni memang pantang jumpa air. Tunggu ada peluang je. Sangat la sesuai semasa cuaca tengah panas ni. Dulu masa anak + anak buah yang ramai masih kecik, rajin sungguh ayah dan pak-pak sedara layan depa mandi sungai. Kadang-kadang bawa ikan utk dibakar, nak berkelah di sana. Mak-mak pun tumpang seronok.

2 malam di kg husband. Saje try ajak husband balik kg akak. Malam pun tak pe. Alamak dia mau la pulak walaupun ada sikit-sikit bunyi akak dah balik hari tu. Alang-alang dah balik, bukannya jauh pun. Sejam lebih je. Dpt jumpa mak lagi.. Kami sampai, mak baru balik dari Kedah. Tido 1 mlm di rumah mak akak. Sukeee...tq bang.

n3 yg pjg..hati berbunga-bunga.

No comments:

Post a Comment